Sunday, 28 December 2014

Spirit of the Coin ( Roh Duit Syiling ) Ouija Board


“ SPIRIT, SPIRIT, SPIRIT OF THE COIN”.
Assalamualaikum. Setelah berbulan lamanya tak update blog ni, kini aku muncul kembali. Hahaha.


Aku mula terpikiaq nak tulis cerita seram apa ntah. Tetiba aku ternampak meja sorang budak tadika ni ada tulis abjad ABCDE – Z. Apa lagi, terus terbayang OUIJA BOARD. Tau tak apa tu OUIJA BOARD ?? OUIJA BOARD ni digunakan untuk satu permujaan roh. Waaahhhh. Interesting. Hehehe.


       
       
          Bermulanya cerita kita, aku nak cerita la pasai satu permainan ni. Bukan sebarangan permainan tau. Haaaaa... Permainan ni budak budak sekolah yang selalu main, especially yang dok hostel. Memang femes nihhh. Tak pun remaja yang solo solo dok menyewa dengan kawan kawan. Nama permainan ni “ SPIRIT OF THE COIN” ( ROH DUIT SYILING ) !! Actually, ni bukan game sebenarnya. Ni adalah satu kaedah dunia kita berhubung dengan dunia roh atau di pendekkan kata untuk kita communicate dengan roh.



          Selalunya permainan ni orang main dekat kawasan blok blok sunyi, dalam asrama tengah tengah malam. Tu untuk budak sekolah yang kai merapu la tu yang dok main benda benda macam ni. Hahaha. Kadang kadang dekat kubur cina, ataupun rumah rumah lama/ rumah usang.





          Kawan aku penah cerita, orang yang dok main “Spirit of the Coin” ni atau dok puja roh ni ada la sebab dia. Sama ada dia ni saja suka suka nak main kononnya berani sangat, ataupun dia nak jumpa roh, atuapun nak cari barang hilang, ataupun nak tanya privacy orang pun boleh. Contohnya “ Si polan tu sebenarnya benci sapa / suka sapa / sayang sapa” and etc lagi laa. Tu contoh laaa. Tak pun dia nak mintak tolong communicate dengan roh mana mana ka. Nak mintak tolong jawab final exam pun boleh. Hahaha.

Tertanya tanya kan cam mana roh tu nak jawab soalan kita. Dia tak kan jawab direct. Ohhh tidak ye. Okey berbalik pada Ouija Board kita tadi, dekat Ouija Board tu kan ada huruf A-Z, nombor 1-9, ada perkataan “YES” “NO” “HOME” “GOOD BYE”. Dia jawab melalui board tu la.




          Cara cara nak main dia mudah ja. Hehehehe. Hampa sediakan Ouija Board tu. Boleh reffer gambar yang aku bagi. Makesure lengkap semua. Pastu letak syiling atas board, letak jari hampa atas duit syiling tu then cakap “ Spirit, spirit, spirit of the coin”, dengan hati yang tenang dan berani k. Hahahaha. Bila hampa rasa roh tu dah ada, apa lagi tanya la soalan apa pun yang hampa nak tanya. Contohnya “ Bf aku ada perempuan lain tak ?” Hahaha. Kalau ada duit syiling yang hampa letak tadi tu akan bergerak ke huruf A > D> A. Lebih kurang camtu la. Dia bagi ejaan. Tapi makesure masa roh tu gerakkan syiling tu jari hampa tak terlepas dengan syiling. Kalau tak buruk padah dia. Buruk macam mana aku pun tak tau. Hihihihi :D


Okey, bila dah siap segala soalan hampa tu dah tak mau roh tu pastikan hampa suruh roh tu balek tempat dia. Hahahaha. Make sure syiling tu p dekat perkataan “GOOD BYE”. Kalau tak buat camtu roh tu akan melekat la dengan hampa. Haaaaa. Berani sangat tu bela la. Berani tu tak pa la, dosa tu nak kira cam mana. Haaaaa...




           


        


          Masa aku dekat hostel dulu pun ada sorang member aku ni ajak aku main sebab aku ni berani sikit daripada member member aku yang lain. Hakikatnya dia tak tau aku ni penakut sama naik dengan depa ja . Hahahaha. Niat tu memang ada, tapi pikiaq tu semua khurafat, berdosa besar kalau kita buat. So aku batalkan jela niat buruk aku tu.



P/s : Walaupun kita dalam kesusahan macam mana pun, kita kena ingat Allah tu Maha Berkuasa. Mohon pada Allah, bukan kat syaitan okey. InshaAllah kalau hati kita betul betul ikhlas nak buat benda baik Allah akan permudahkan. Jangan kita buat benda benda khurafat walaupun suka suka. Apa yang aku ajaq tadi jangan ikut ok :)

Wassalam.

Friday, 28 March 2014

Tragedi MH370

Assalamualaikum


18th March 2014, bila aku bangun dai tidur, bukak FB tetiba ada baca berita pesawat MAS Airlines, MH370 dari Kuala Lumpur (KL) tak sampai ke Beijing. Aku ingatkan sekadar berita kosong. Tapi bila aku scroll lagi ke bawah, semua media cerita benda yg sama. Macam tak percaya ja. Yalah, 1st time kan jadi kat Malaysia. Terus bangun bukak tv (tv3). Rupanya memang betul pesawat MH370 tak sampai ke destinasi.
          Pesawat MH370 telah hiang dari radar pada 8 Mac 2014 pukul 1.30 pagi. Sebab tak pernah lagi jadi kat Malaysia, agak terkejut jugak la. Tapi aku ingat akan jumpa dalam masa terdekat. Rupanya tak :'(






          Kisah kehilangan MH370 betul2 buat aku sedih, menyentuh hati. Walaupun semua yg ada dalam tu tak ada kaitan dengan aku, tapi aku anggap mereka semua saudara2 aku. Saudara seagama, saudara dalam 1 negara, Malaysia.

          Sedih, pilu, tengok keluarga mereka. Si anak menanti kepulangan bapa, si isteri menanti kepulangan suami, si ibu dan bapa menanti kepulangan anak dan menantu. Betapa sedihnya, hari2 aku tengok dekat tv muka sedih mereka, muka hiba. Sedih tak terhingga. Aku yg bukan family pun sedih, apatah lagi mereka kan ? :(. Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan.


          Lebih menyedihkan lg ada sesetengah manusia menganggap benda ni sebagai lawak. " biar betikkkkk, MAS MH370 yg besar gedabak tu boleh hilang?? Rugi la blablabla... ". Hmmmm,ntah apa yg dia fikir ekk. Ada pulak yg kaitkan dengan politik bodoh. Wahai rakyat Malaysia, hentikanlah semua ni. Aku tak pandai dalam politik, tapi jangan la kaitkan semua benda dengan politik. Jangan la menghina agama sendiri. Kita semua agama islam, saya yakin anda boleh berpikiran panjang, berpikiran logik dan berpikiran terbuka. Hentikanlah semua spekulasi bodoh, jangan cuba jadi wartawan hebat, jangan cuba jadi penyampai maklumat yg cepat jika anda tak tau apa2. Sepatutnya, kita bersatu padu, bukan makin berpecah belah akibat politik. Tolong jangan jadi fanatik sangat.



          Misi mencari masih di teruskan. Pebagai cara digunakan. Solat hajat, bacaan Yaasin dan doagunakan satellite, kapal selam, pesawat dan macam2 lagi. Tapi still lagi tak jumpa. Aku sebagai rakyar Malaysia, berterima kasih kerana sudi menolong. Semoga Allah membalas jasa kalian.


          Sehinggalah pada tanggal 24 Mac 2014, pada pukul 10 mlm, dengan rasa sedihnya yg tak terhingga, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MAS Airlines MH370 telah disahkan berakhir di Lautan Hindi. Aku macam tak percaya, masa tu muka PM kita sedih sangat, sayu ja hati aku tengok. Aku taw PM kita pun tak sanggup nak umumkan semua ni. Menteri Pengangkutan dan Pertahanan, Dato' Hishamudin pun sama. Masing2 sayu hati nak bagi tau. Dari raut wajah mereka, mereka sedih, penat tapi mereka buat jugak semua ni demi tanggungjawab. Bagi anda2 yg membenci ahli politik seperti mereka, tak salah rasanya kalau kali ni anda berterima kasih kepada mereka. Besar taggungjawab yg perlu digalas. Kita semua ja yg tak tau, hanya tau komen ja.








          Sebak hati aku bila dengar pembaca berita baca luahan isi hati isteri pramugara MH370. " Apa yg berlaku ini sungguh mengejutkan tetapi siapalah saya untuk mempertikaikan kuasa Allah. Dia ada perancangan yg lebih baik untuk saya dan saya perlu menjadi wanita kuat untuk berdepan dengan realiti pada hari ini.  Saya akan memberitahu anak2, Iman secara bertahap yg dia kehilangan ayahnya dan Muhammad akan menjadi tiang untuk sy meneruskan kehidupan. InshaAllah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakanmu. Cintaku untukmu akan kekal selama2nya sehingga ke syurga. Masih ingat yg saya beritahu bahawa saya ingin menjadi ketua bidadari syurga? Sy cemburukan dirimu yg kini bersama mereka tapi tak mengapalah, kelak sy akan menyertai dirimu jua...engkau adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah Maha Baik meminjamkan dirimu untukku walaupun hanya sebentar tetapi memberi segala kenangan baik dan manis. I love u B.. " :( .








          Sungguh menyentuh hati aku. Teresak2 aku baca, aku dengar luahan hati isteri pramugara MH370. Memang berlinang air mata bila dengar ayat dia, wajah2 family yg terlibat. I know is it normal for me sebab aku mmg seorang yg sensitif. Tp ntah la, sebak dia tu lain macam sangat. Sedih dia hanya ALLAH ja yg paham. Macam mana la perasaan family mereka kan? Tabahkan lah hati :(.
         


           Misi mencari tetap diteruskan di Lautan Hindi. Agak susah nak jumpa sebab kawasan dia besar, berombak besar. Faktor cuaca pun tak mengizinkan. Serpihan pesawat langsung tak jumpa. Kotak hitam ? Ntah bila nak jumpa. Hmmmm.... 







          Walaupun PM dah sahkan MH370 berakhir kat Lautan Hindi tapi aku tetap tak percaya walaupun aku kena percaya. Mmg kita kena percaya pada Qada dan Qadar Allah. Tapi aku berharap akan ada keajaiban satu hari nanti sebab Allah Maha Berkuasa, Maha segala2Nya. Hanya Allah yg tau apa yg tersirat dan apa yg tersurat. Ya Allah ya tuhanku, Engkau tunjukanlah kepada kami kebesaranMu. Engkau berikanlah keajaiban kepada dunia kerana Engkaulah maha mengetahui di mana pesawat tu berada sekarang. Seandainya betul la pesawat tu pusara di Lautan Hindi, Engkau buktikanlah kepada kami. Kau permudahkanlah pencarian kami, Engkau kabulkanlah doa kami, Engkau tunjukanlah kepada kami di mana pesawat tu berada sekarang. Tak ada apa yg aku dapat tolong kecuali berdoa :( aminnn.



         



        Bagi pandangan aku, tak patut kita adakan solat jenazah ghaib. Tu sama seperti kita mengharap kematian mereka. Tapi sekiranya betul kematian mereka, aku harapkan semua penumpang dan kru2 bahagia di syurga hakiki.

        Buat keluarga penumpang, pilot, co-pilot dan semua kru2 MH370, semoga Allah tabahkan hati anda. Saya tahu pahit untuk menelan, perit untuk menerima. Percayalah kita pada kuasa Allah, InshaAllah semua akan terjumpa nanti. Sama2 kita doakan. Amin ya rabbal A'lami. Wasaalam.



wajah2 pilot, co-pilot, semua kru dan penumpang MH370. Maaf tak jelas






Sunday, 23 March 2014

Kisah Seram Mona Fendi

Assalamualaikum ..

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya dapat jugak update blog ni. Apa yg aku nak cerita, semuanya merapu meraban. hahaha. But it's ok. I punya blog I punya suka la kan. hihi. Sebenaq benaqnya, aku tak tau nak tulis apa. Then aku terpikir nak tulis pasai MONA FENDI. Aku dok baca pasai dia malam2 ni, jap confirm aku tak boleh tidoq. kikiki.


From Google Images


Haaaa, ni la dia muka Mona Fendi tu. bagi aku agak mengerikan jugak la. Tapi bagi hampa aku tak tau la kan. Gambar ni masa dia masih lagi dalam tahanan polis. Mona Fendi ni kena hukum penjara then baru la kena hukuman gantung sampai mati.





All About Mona Fendi ( Actually tak semua pun aku taw :D )

   Nama sebenar dia Maznah Ismail atau lebih di kenali sebagai Mona Fendi. Mona tu tak tau mana dapat nama, mybe nama panggilan la kowt. Fendi tu pulak nama husband kepada Mona Fendi ni, Nor Affandi Abdul Rahman. Dia ni dulu seorang penyanyi. Penah jugak la masuk Muzik2 kat tv3 tu, tapi tak tau la taun berapa.



   Nak dijadikan cerita, kisah Mona Fendi ni memang gempaqq satu Malaysia ni dengan kes pembunuhan seorang ahli politik Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ( ADUN ), Dato' Mazlan Idris yg berasal dai negeri Pahang. Cara pembunuhan dia memang ngeri baq hanggg. Seriess ngeri gila. Cara pembunuhan dia, Dato' Mazlan ni telah dikerat atau dipotong 18 bahagian dengan menggunakan kapak. Tak la cam mana kan dia kerat tu. Memang tak da perasaan la kan. Kisah ni jadi pada tahun 1993. Tahun aku lahir tu...


   Menurut cerita Mona Fendi ni sebenaqnya seorang bomoh. Sebelum Dato' Mazlan ni kena bunuh, dia p jumpa dengan Mona Fendi ni. Maybe dia p jumpa Mona ni sebab nak kaya tak pun sebab nak naik pangkat or apa2 jela kan. Boleh plak kan pakai bomoh. Takut aihhhh. Masa dia nak kena bunuh tu, Mona Fendi tu suruh dia baring, kononnya baca mentera mintak 'duit jatuh dari langit'. Tapi sebaliknya yg berlaku. Apa lagi, Si Mona ni dia amek kapak dia kerat 18 la dato' tu. Bukan setakat kerat, tak silap aku siap siat2 lagi kulit dia. Lepas tu dia tanam la mayat tu dekat kawasan rumah dia. Kalau aku memang tak la wee. Haihhhh..
Sebelum dato' tu mati, si Mona dah mintak RM300k untuk bayaran bomoh dia tu. Dah dapat duit apa lagi, shopping time. Banyak kowtt. Apa yg dia beli ? Dia beli MercedesBenz sebijik, baju lawa2 untuk ubah penampilan. Lebih vogue gituu.


   Tak lama lepas tu pembunuhan ni kantoi sebab pembantu kepada Mona Fendi, Juraimi Hussin bagi tau polis dan tunjuk mayat tu. Siasat punya siasat pembantu dia cerita la. Polis pun tahan la depa bertiga ni, Mona Fendi, suami dia dengan pembantu dia sebab dikira bersubahat. Suami Mona ni jadi bomoh sebab Mona Fendi ni tak berapa dapat sambutan sebagai penyanyi. Sebab tu jadi bomoh, nak cepat kaya la katakan.



   Depa bertiga ni kena tahan kat Penjara Kajang. Sepanjang ulang alik, naik turun court Mona Fendi ni asyik melawa ja. Selalu pakai cantik2. Sikit pun dia tak risau, senyum sokmo.

From Google Images



   Ni la wajah dia masa dia kena taham. Chill jaa. Dia langsung tak risau. Masa dia nak kena hukuman, dia penah buat rayuan untuk ringankan hukuman. Tapi ditolak. Kalau aku jadi hakim tu pun aku tolak jugak sebab cara dia bunuh tu agak ngerii. Bukan agak, memang ngeerriiii. Hakim jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Tapi bila dia dengaq pasai hukuman tu pun dia still senyum lagi. Kebai betoiii. Dia ada cakap 'aku tak kan mati'. Sebelum kena hukuman gantung tu, macam biasa la tahanan boleh mintak makanan sedap2. Tapi dia tak mau. Dia just senyum dengan tenang. Hmmmmmmm. Tak paham aku.


   Dengaq cerita jugak, sebelum dia mati tu macam2 jugak la jadi. Ada yg nampak dia keluar dari penjara padahal masa tu dia dalam lokap lagi. Ada nampak dia merayau la apa la. Pastu masa dia kena hukuman gantung pun dia susah nak mati. Tapi cerita ni tak tau la betul ke tak. Just orang yg betul tau cerita ni ja yg boleh cakap.


   So, the moral of the story apa2 pun kita sebagai Muslim and Muslimah hanya boleh meminta2 kepada Allah swt. Sebab Allah tu Maha Kaya, maha segala2nya. Sebelum buat something tu, fikir betul2, kalau rasa ada buat salah istighfar banyak2 okey. Ok la, ni ja yg aku mampu cerita. Actually banyal lagi pasal dia ni, tapi aku just cerita yg ringkas2 ja. Nak taw lebih lanjut, anda boleh google. Segalanya di hujung jari. hihi. Thanks for reading. Wallahualam :)





Friday, 6 December 2013

Senarai Jenis-Jenis Hantu

Assalamualaikum, hey youuu !! Hahaahhahaha. Haaaa,harini aku nak cerita pasai jenis-jenis hantu yang ada, yang familiar kat malaysia ni. Hantu ni famous masa zaman dulu-dulu ja. Tapi sekarang ni pun ada lagi. Tengok la filem melayu zaman sekarang, still ada kan cerita-ceita macam tu. Tapi benda ni semua khurafat, atas perbuatan manusia jugak :)

1. Pocong

Ni la rupa pocong. Ngeriii. Pocong ni adalah kewujudan dari orang yang telah meninggal. Memang semua hantu dari orang mati kan. Heeee :D . Adanya pocong ni dalam banyak cara. Tapi yang aku tau dia di sebabkan perbuatan khurafat dari manusia yang ingin menggunakan ilmu hitam ataupun ilmu sihir. Selain tu, ia juga adalah jin yang merupai pocong. Banyak mitos pasai pocong ni, boley ja search google. Hehehehehe


2. Hantu Raya

Hantu raya pulak wujudnya dari orang zaman dahulu kala. Ia diwujudkan kerana untuk menjaga segala harta yang dimiliki oleh seseorang tu. Yala, orang dulu-dulu kan tak da gran, lawyer untuk uruskan harta-harta depa ni. Susah nak jaga hantu raya ni, kena bagi makan apa yag dia nak. Dan yang paling susah sekali, kalau tuan dia nak mati kena cari pewaris dulu. Kalau tak susah la nak mati orang tu. Tersiksa masa dia tengah nazak. Jangan cuba bela tau, bela kucing tak pa. Hehehehhehe.

3.Pontianak

 " kelip-kelip ku sangka api, kalau api mana puntungnya, hilang ghaib ku sangka mati, kalau mati mana kuburnya. " . Haaaaa, tu diaaaa. Ceqinggg bulu roma baqq hangggg. Hantu yang seterusnya ialah pontianak. Asal usul pontianak ni adalah seorang wanita yang mati ketika mengandung dan ketika mahu bersalin. Tak tau la kenapa dia muncul, maybe sebab roh tak tenteram. Maybe la.. Ada cerita pulak, pontianak ni boleh berubah jadi manusia semula. Tapi !!! Bersyarat.. Ingat senang-senang ka nak berubah camtu ja. Sapa-sapa yang nak pontianak ni berubah, orang tu mestilah memaku tengkuk pontianak tu. Ofcourse la guna paku,tak kan paku pakis plak. Lepas tu pontianak tu akan berubah jadi perempuan yang sangat cantik. Sapa-sapa yang tak da gf or bini boleh la buat. Hahahahhaha. Betul ka dak, aku pun tak tau.

4. Pelesit

Jangan terkejut, menatang ni bukan hantu. Hahahhahaha. Tapi belalang ni la orang gunakan untuk penghataran melakukan benda-benda jahat kat orang lain terutama kat musuh dia la. Biasanya perempuan yang bela benda ni. Cara dia serang mangsa, dia akan hisap darah mangsa tu. Kalau dah kena tu bahaya la, cepat-cepat berubat cara kampung. So, sapa-sapa yang nampak benda ni masuk rumah ka pa-pa ka hati-hati k.

5. Toyol

Toyol adalah satu makhluk yang sangat kecil. Difahamkan berbadan hijau, kepala botak dan pendek. Ia di gunakan oleh oarang zaman dahulu untuk kesenangan diri sendiri. Ia di suruh oleh tuannya untuk mencuri wang di rumah ornag lain. Nampak tak permainan dia. Haaaaa.. Toyol ni senang ja nak bagi dia leka, tabur kacang hijau. Haaaaa.. confirm dok mengira sakan punya.


6. Langsuir

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin. Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Huhhhh, boleh tahan jaga perangai dia. Langsuir ni jugak kadang-kadang boleh berubah rupa jadi perempuan yang cantik.  Hati-hati wahai lelaki. Huhuhuhuhu



Banyak lagi jenis hantu yang ada. Aku pun tak larat dah nak tulis panjang-panjang. Apa-apa pun jangan amalkan benda yang di tentang oleh Allah :) Jaga diri yaaa. Bye. Wassalam.

Wednesday, 27 November 2013

Cerita Seram : Highland Tower


Assalamualaikum. Haaaa, penah tak nampak gambar kat sebelah ni? Ofcourse la penah kan. Bila tengok ja ada 3 bangunan ni, tapi 1 dah runtuh mesti semua orang akan tau ni bangunan apa. Ni la HIGHLAND TOWER. Highland Tower ni merupakan sebuah kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Bangunan ni dulu sangat cantik masa tahun 90-an. Bangunan ini ada 3 blok yang dipanggil Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.




Tapi pada tahun 1993 iaitu pada 11 Disember 1993 telah berlaku keruntuhan pada salah satu blok tersebut. Memang agak dahsyat la keruntuhan tu berlaku. Seramai 48 orang yang maut. Memang sedih :( . Keruntuhan ni berlaku sebab kejadian tanah runtuh. Masa tu pulak musim hujan. Tu la penyabab dia.





Huurrmm, nak dijadikan cerita, ada pulak masyarakat umum yang cakap bangunan ni dah berpenghuni sekarang ni. Bukan orang tau yang duduk, tapi makhluk halus Biasa la kan, tempat macam ni memang ada. Bangunan ni pun dah 20 tahun terbiar ja. Dah banyak jugak paranormal, kru-kru majalah buat liputan kat situ. Tak lupa jugak, ada orang buat pemujaan roh-roh. Mat gian pun mesti ada ni. Yala, tempat macam ni bukan ada orang nak kacau kan.





 Ni la salah satu gambar yang aku dapat dari google. Seram kan? Memang seram. Tapi aku teringin jugak nak masuk. Hahahahaha, Tempat ni skarang memang semak samun, dah macam hutan Khatulistiwa dah aku tengok. Sesapa yang pernah masuk bangunan ni mesti ada ternampak benda pelik. Ternampak lembaga la, macam-macam lagi la. Pastu dengar bunyi mengilai, baby menangis, orang gelak-gelak. Huhh, dasyaattt.

 
So, sesapa yang nak rasakan pengalaman sendiri try la g tempat ni. Makesure g malam-malam tau. Baru ada senggaaattt, baru ngeri. Hahahahaha. Then boleh la tengok cerita Highland Tower tu, cerita memang bukan rekaan, memang betul-betul punya cerita. Okey, selamat mencuba :) sekian.

p/s : sesapa yang nak p bg tau aku sekali, nak ikut jugakkk. Heee :D







Welcome to my life: Rumah Sewa RM50, Shah Alam

Welcome to my life: Rumah Sewa RM50, Shah Alam:   Assalamulaikum .. sekian lama aku xbukak blog ni. tetiba harini bukak plak. tu pun sebab member aku.. huhuhu.. Haaaaa.. Cantik tak ...

Friday, 25 October 2013

Rumah Sewa RM50, Shah Alam



Assalamulaikum .. sekian lama aku xbukak blog ni. tetiba harini bukak plak. tu pun sebab member aku.. huhuhu.. Haaaaa.. Cantik tak rumah ni ?? hahahaha Rasanya ramai yang penah nampak rumah ni dekat google or blog-blog orang lain. its it right ??

Harini aku nak cita la sikit pasal rumah ni. Rumah ni terletak dekat Seksyen 2, Shah Alam. Dekat mana pun aku tak sure sebab aku pun tak penah sampai sana lagi. HAHAHHAHA.. Haaaa, sesapa yang nak cari rumah sewa dekat area2 sini boleh la sewa rumah ni. Aku confirm tak da lagi orang yang menyewa kat rumah ni.. But, sapa yang nak sewa tu makesure dia ni seorang yang kuat iman, berani. Haaaaaa.. Rumah ni ada peristwa tauu.. 

sumber google



 Haaa.. ni la salah satu gambar yang aku ambik dari google. Ngeri kan??? Rumah ni hanya perlu bayar RM50 ja sebagai deposit dan bulanan. Murahh kowttt. mananak dapat rumah deposit RM50 jaa zaman sekarang ni.. rumah sewa aku pun deposit Rm500.. padahal student jaa.. hurmmmm.. tapi tu la hakikatnya.. murah dan murah.

Dekat sini au nak share story pasai student yang pernah tinggal kat rumah ni. This is true story taw. Bukan rekaan .. Baca niihh :==>>

__________________________________________________________________________________


Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la.

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.


Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.
Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.


Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?


Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......


Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310
.............

Haaa ni la story betul pecerita yang penah cerita experience dia.. tapi aku xtau sapa penulis asal dya. Aku pn tengah mencari. tapi tak jumpa2. aku pun teringin gak nak tanya dia sendiri pasal ni..Okeyyyy,, sapa2 yang nak tengok rumah ni boleh la pi cari and sapa yang nak pengalaman macam ni boleh la menyewa rumah ni..  :))))

Wassalam.



sumber google