Assalamualaikum ..
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya dapat jugak update blog ni. Apa yg aku nak cerita, semuanya merapu meraban. hahaha. But it's ok. I punya blog I punya suka la kan. hihi. Sebenaq benaqnya, aku tak tau nak tulis apa. Then aku terpikir nak tulis pasai MONA FENDI. Aku dok baca pasai dia malam2 ni, jap confirm aku tak boleh tidoq. kikiki.
From Google Images |
Haaaa, ni la dia muka Mona Fendi tu. bagi aku agak mengerikan jugak la. Tapi bagi hampa aku tak tau la kan. Gambar ni masa dia masih lagi dalam tahanan polis. Mona Fendi ni kena hukum penjara then baru la kena hukuman gantung sampai mati.
All About Mona Fendi ( Actually tak semua pun aku taw :D )
Nama sebenar dia Maznah Ismail atau lebih di kenali sebagai Mona Fendi. Mona tu tak tau mana dapat nama, mybe nama panggilan la kowt. Fendi tu pulak nama husband kepada Mona Fendi ni, Nor Affandi Abdul Rahman. Dia ni dulu seorang penyanyi. Penah jugak la masuk Muzik2 kat tv3 tu, tapi tak tau la taun berapa.
Nak dijadikan cerita, kisah Mona Fendi ni memang gempaqq satu Malaysia ni dengan kes pembunuhan seorang ahli politik Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ( ADUN ), Dato' Mazlan Idris yg berasal dai negeri Pahang. Cara pembunuhan dia memang ngeri baq hanggg. Seriess ngeri gila. Cara pembunuhan dia, Dato' Mazlan ni telah dikerat atau dipotong 18 bahagian dengan menggunakan kapak. Tak la cam mana kan dia kerat tu. Memang tak da perasaan la kan. Kisah ni jadi pada tahun 1993. Tahun aku lahir tu...
Menurut cerita Mona Fendi ni sebenaqnya seorang bomoh. Sebelum Dato' Mazlan ni kena bunuh, dia p jumpa dengan Mona Fendi ni. Maybe dia p jumpa Mona ni sebab nak kaya tak pun sebab nak naik pangkat or apa2 jela kan. Boleh plak kan pakai bomoh. Takut aihhhh. Masa dia nak kena bunuh tu, Mona Fendi tu suruh dia baring, kononnya baca mentera mintak 'duit jatuh dari langit'. Tapi sebaliknya yg berlaku. Apa lagi, Si Mona ni dia amek kapak dia kerat 18 la dato' tu. Bukan setakat kerat, tak silap aku siap siat2 lagi kulit dia. Lepas tu dia tanam la mayat tu dekat kawasan rumah dia. Kalau aku memang tak la wee. Haihhhh..
Sebelum dato' tu mati, si Mona dah mintak RM300k untuk bayaran bomoh dia tu. Dah dapat duit apa lagi, shopping time. Banyak kowtt. Apa yg dia beli ? Dia beli MercedesBenz sebijik, baju lawa2 untuk ubah penampilan. Lebih vogue gituu.
Tak lama lepas tu pembunuhan ni kantoi sebab pembantu kepada Mona Fendi, Juraimi Hussin bagi tau polis dan tunjuk mayat tu. Siasat punya siasat pembantu dia cerita la. Polis pun tahan la depa bertiga ni, Mona Fendi, suami dia dengan pembantu dia sebab dikira bersubahat. Suami Mona ni jadi bomoh sebab Mona Fendi ni tak berapa dapat sambutan sebagai penyanyi. Sebab tu jadi bomoh, nak cepat kaya la katakan.
Depa bertiga ni kena tahan kat Penjara Kajang. Sepanjang ulang alik, naik turun court Mona Fendi ni asyik melawa ja. Selalu pakai cantik2. Sikit pun dia tak risau, senyum sokmo.
From Google Images |
Ni la wajah dia masa dia kena taham. Chill jaa. Dia langsung tak risau. Masa dia nak kena hukuman, dia penah buat rayuan untuk ringankan hukuman. Tapi ditolak. Kalau aku jadi hakim tu pun aku tolak jugak sebab cara dia bunuh tu agak ngerii. Bukan agak, memang ngeerriiii. Hakim jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Tapi bila dia dengaq pasai hukuman tu pun dia still senyum lagi. Kebai betoiii. Dia ada cakap 'aku tak kan mati'. Sebelum kena hukuman gantung tu, macam biasa la tahanan boleh mintak makanan sedap2. Tapi dia tak mau. Dia just senyum dengan tenang. Hmmmmmmm. Tak paham aku.
Dengaq cerita jugak, sebelum dia mati tu macam2 jugak la jadi. Ada yg nampak dia keluar dari penjara padahal masa tu dia dalam lokap lagi. Ada nampak dia merayau la apa la. Pastu masa dia kena hukuman gantung pun dia susah nak mati. Tapi cerita ni tak tau la betul ke tak. Just orang yg betul tau cerita ni ja yg boleh cakap.
So, the moral of the story apa2 pun kita sebagai Muslim and Muslimah hanya boleh meminta2 kepada Allah swt. Sebab Allah tu Maha Kaya, maha segala2nya. Sebelum buat something tu, fikir betul2, kalau rasa ada buat salah istighfar banyak2 okey. Ok la, ni ja yg aku mampu cerita. Actually banyal lagi pasal dia ni, tapi aku just cerita yg ringkas2 ja. Nak taw lebih lanjut, anda boleh google. Segalanya di hujung jari. hihi. Thanks for reading. Wallahualam :)
No comments :
Post a Comment