Assalamualaikum
18th March 2014, bila aku bangun dai tidur, bukak FB tetiba ada baca berita pesawat MAS Airlines, MH370 dari Kuala Lumpur (KL) tak sampai ke Beijing. Aku ingatkan sekadar berita kosong. Tapi bila aku scroll lagi ke bawah, semua media cerita benda yg sama. Macam tak percaya ja. Yalah, 1st time kan jadi kat Malaysia. Terus bangun bukak tv (tv3). Rupanya memang betul pesawat MH370 tak sampai ke destinasi.
Pesawat MH370 telah hiang dari radar pada 8 Mac 2014 pukul 1.30 pagi. Sebab tak pernah lagi jadi kat Malaysia, agak terkejut jugak la. Tapi aku ingat akan jumpa dalam masa terdekat. Rupanya tak :'(
Kisah kehilangan MH370 betul2 buat aku sedih, menyentuh hati. Walaupun semua yg ada dalam tu tak ada kaitan dengan aku, tapi aku anggap mereka semua saudara2 aku. Saudara seagama, saudara dalam 1 negara, Malaysia.
Sedih, pilu, tengok keluarga mereka. Si anak menanti kepulangan bapa, si isteri menanti kepulangan suami, si ibu dan bapa menanti kepulangan anak dan menantu. Betapa sedihnya, hari2 aku tengok dekat tv muka sedih mereka, muka hiba. Sedih tak terhingga. Aku yg bukan family pun sedih, apatah lagi mereka kan ? :(. Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan.
Lebih menyedihkan lg ada sesetengah manusia menganggap benda ni sebagai lawak. " biar betikkkkk, MAS MH370 yg besar gedabak tu boleh hilang?? Rugi la blablabla... ". Hmmmm,ntah apa yg dia fikir ekk. Ada pulak yg kaitkan dengan politik bodoh. Wahai rakyat Malaysia, hentikanlah semua ni. Aku tak pandai dalam politik, tapi jangan la kaitkan semua benda dengan politik. Jangan la menghina agama sendiri. Kita semua agama islam, saya yakin anda boleh berpikiran panjang, berpikiran logik dan berpikiran terbuka. Hentikanlah semua spekulasi bodoh, jangan cuba jadi wartawan hebat, jangan cuba jadi penyampai maklumat yg cepat jika anda tak tau apa2. Sepatutnya, kita bersatu padu, bukan makin berpecah belah akibat politik. Tolong jangan jadi fanatik sangat.
Misi mencari masih di teruskan. Pebagai cara digunakan. Solat hajat, bacaan Yaasin dan doagunakan satellite, kapal selam, pesawat dan macam2 lagi. Tapi still lagi tak jumpa. Aku sebagai rakyar Malaysia, berterima kasih kerana sudi menolong. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Sehinggalah pada tanggal 24 Mac 2014, pada pukul 10 mlm, dengan rasa sedihnya yg tak terhingga, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MAS Airlines MH370 telah disahkan berakhir di Lautan Hindi. Aku macam tak percaya, masa tu muka PM kita sedih sangat, sayu ja hati aku tengok. Aku taw PM kita pun tak sanggup nak umumkan semua ni. Menteri Pengangkutan dan Pertahanan, Dato' Hishamudin pun sama. Masing2 sayu hati nak bagi tau. Dari raut wajah mereka, mereka sedih, penat tapi mereka buat jugak semua ni demi tanggungjawab. Bagi anda2 yg membenci ahli politik seperti mereka, tak salah rasanya kalau kali ni anda berterima kasih kepada mereka. Besar taggungjawab yg perlu digalas. Kita semua ja yg tak tau, hanya tau komen ja.
Sebak hati aku bila dengar pembaca berita baca luahan isi hati isteri pramugara MH370. " Apa yg berlaku ini sungguh mengejutkan tetapi siapalah saya untuk mempertikaikan kuasa Allah. Dia ada perancangan yg lebih baik untuk saya dan saya perlu menjadi wanita kuat untuk berdepan dengan realiti pada hari ini. Saya akan memberitahu anak2, Iman secara bertahap yg dia kehilangan ayahnya dan Muhammad akan menjadi tiang untuk sy meneruskan kehidupan. InshaAllah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakanmu. Cintaku untukmu akan kekal selama2nya sehingga ke syurga. Masih ingat yg saya beritahu bahawa saya ingin menjadi ketua bidadari syurga? Sy cemburukan dirimu yg kini bersama mereka tapi tak mengapalah, kelak sy akan menyertai dirimu jua...engkau adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah Maha Baik meminjamkan dirimu untukku walaupun hanya sebentar tetapi memberi segala kenangan baik dan manis. I love u B.. " :( .
Sungguh menyentuh hati aku. Teresak2 aku baca, aku dengar luahan hati isteri pramugara MH370. Memang berlinang air mata bila dengar ayat dia, wajah2 family yg terlibat. I know is it normal for me sebab aku mmg seorang yg sensitif. Tp ntah la, sebak dia tu lain macam sangat. Sedih dia hanya ALLAH ja yg paham. Macam mana la perasaan family mereka kan? Tabahkan lah hati :(.
Misi mencari tetap diteruskan di Lautan Hindi. Agak susah nak jumpa sebab kawasan dia besar, berombak besar. Faktor cuaca pun tak mengizinkan. Serpihan pesawat langsung tak jumpa. Kotak hitam ? Ntah bila nak jumpa. Hmmmm....
Walaupun PM dah sahkan MH370 berakhir kat Lautan Hindi tapi aku tetap tak percaya walaupun aku kena percaya. Mmg kita kena percaya pada Qada dan Qadar Allah. Tapi aku berharap akan ada keajaiban satu hari nanti sebab Allah Maha Berkuasa, Maha segala2Nya. Hanya Allah yg tau apa yg tersirat dan apa yg tersurat. Ya Allah ya tuhanku, Engkau tunjukanlah kepada kami kebesaranMu. Engkau berikanlah keajaiban kepada dunia kerana Engkaulah maha mengetahui di mana pesawat tu berada sekarang. Seandainya betul la pesawat tu pusara di Lautan Hindi, Engkau buktikanlah kepada kami. Kau permudahkanlah pencarian kami, Engkau kabulkanlah doa kami, Engkau tunjukanlah kepada kami di mana pesawat tu berada sekarang. Tak ada apa yg aku dapat tolong kecuali berdoa :( aminnn.
Bagi pandangan aku, tak patut kita adakan solat jenazah ghaib. Tu sama seperti kita mengharap kematian mereka. Tapi sekiranya betul kematian mereka, aku harapkan semua penumpang dan kru2 bahagia di syurga hakiki.
Buat keluarga penumpang, pilot, co-pilot dan semua kru2 MH370, semoga Allah tabahkan hati anda. Saya tahu pahit untuk menelan, perit untuk menerima. Percayalah kita pada kuasa Allah, InshaAllah semua akan terjumpa nanti. Sama2 kita doakan. Amin ya rabbal A'lami. Wasaalam.
wajah2 pilot, co-pilot, semua kru dan penumpang MH370. Maaf tak jelas |
No comments :
Post a Comment