Wednesday 27 November 2013

Cerita Seram : Highland Tower


Assalamualaikum. Haaaa, penah tak nampak gambar kat sebelah ni? Ofcourse la penah kan. Bila tengok ja ada 3 bangunan ni, tapi 1 dah runtuh mesti semua orang akan tau ni bangunan apa. Ni la HIGHLAND TOWER. Highland Tower ni merupakan sebuah kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Bangunan ni dulu sangat cantik masa tahun 90-an. Bangunan ini ada 3 blok yang dipanggil Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.




Tapi pada tahun 1993 iaitu pada 11 Disember 1993 telah berlaku keruntuhan pada salah satu blok tersebut. Memang agak dahsyat la keruntuhan tu berlaku. Seramai 48 orang yang maut. Memang sedih :( . Keruntuhan ni berlaku sebab kejadian tanah runtuh. Masa tu pulak musim hujan. Tu la penyabab dia.





Huurrmm, nak dijadikan cerita, ada pulak masyarakat umum yang cakap bangunan ni dah berpenghuni sekarang ni. Bukan orang tau yang duduk, tapi makhluk halus Biasa la kan, tempat macam ni memang ada. Bangunan ni pun dah 20 tahun terbiar ja. Dah banyak jugak paranormal, kru-kru majalah buat liputan kat situ. Tak lupa jugak, ada orang buat pemujaan roh-roh. Mat gian pun mesti ada ni. Yala, tempat macam ni bukan ada orang nak kacau kan.





 Ni la salah satu gambar yang aku dapat dari google. Seram kan? Memang seram. Tapi aku teringin jugak nak masuk. Hahahahaha, Tempat ni skarang memang semak samun, dah macam hutan Khatulistiwa dah aku tengok. Sesapa yang pernah masuk bangunan ni mesti ada ternampak benda pelik. Ternampak lembaga la, macam-macam lagi la. Pastu dengar bunyi mengilai, baby menangis, orang gelak-gelak. Huhh, dasyaattt.

 
So, sesapa yang nak rasakan pengalaman sendiri try la g tempat ni. Makesure g malam-malam tau. Baru ada senggaaattt, baru ngeri. Hahahahaha. Then boleh la tengok cerita Highland Tower tu, cerita memang bukan rekaan, memang betul-betul punya cerita. Okey, selamat mencuba :) sekian.

p/s : sesapa yang nak p bg tau aku sekali, nak ikut jugakkk. Heee :D







No comments :

Post a Comment