Saturday, 29 June 2013

Bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu :)

Halluuuu hallluu.. waaaa,, kat sini aku nak story morry siket laa tentang percutian aku dekat Perhentian Island ni kan.. best gilaa bebb waa cakap sama lu.. ! percutian ni kami planning last2 minit jaa..kami p ber5, budak2 rumah sewa aku la kan. tapi tak sangka plak betul2 jadi.. almaklumlah, masa tu tgh berduit kan. so apa lagii,, enjoyy sakan meyhh. hihihihi..

     sampai ja kat jeti Kuala Besut tu, Masa 1st time and 1st day p sana, mula2 macam blur2 siket la sebab xtaw nak beli tiket kat mana kan. so masa tu jugak ada la sorang bro ni mai tolongg. bro tu la yang tolong adjust tiket then tempat parking keta.. kalau nak beli tiket kena beli tiket return sebab dekat belah pulau xda orang jual tiket. so total tiket sorang RM70..

     Memamg masa tu excited gila bebbb.. huhuhuhu!! then dalam pukul 10 cmtu kami dah naik bot. nak g sana xboleh bawak keta taw, xda jalan2 raya macam langkawi tuhh.. naik bot dari jeti Kuala Besut nak ke pulau tu amek masa 20minit jugak laaa. dekat Pulau Perhentian tu ada dua tempat, satu Pulau Kecik and satu lagi Pulau Besar. kami decide nak g Pulau Kecik dr pengalaman akak aku la kann.. masa kat dalam bot tu pun kami sebenaqnya xtaw yg mana satu pulau kecik n besaq.. so buat muka tebal tanya org la..

    sampai ja kat sana pakcik yg bawak bot tu pn tnya la kami sewa kat mana.. biasa la kan tempat besaqqq.. dah sampai kat sana baru la kami terhegeh2 nak cari chalet. xsangka la plak ramai org tgh bercuti. chalet banyak yang dah penuhh.. tercungap cungap jugak la nak cari chalet. naseb baik la ada la sorang mamat ni mai tolong kami.dya pun mintak tolong dekat tuan chalet tu bg kami sewa dua bilek.. 1 bilek untuk 2 orang RM80 then 1 lagi bilek untuk 3 orang RM90.. aku nasihatkan sebelum g sana better booking bilek dulu kowt sebelum jadi mcm kami.. huhuhhu.. sedeeeyyy pedeeyyy  :(..

     nak di jadikan cerita, masa tu kami tgh lapaq.. so g la makan dekat restaurant dekat2 dengan chalet tuu.. tgk menu memang sedap, bila tgk harga maakkk aiiii.. 3 kali ganda dari biasa.. air coke 1tin RM3.. hhuhhhhh ! not bad jugak la kan. HAHAHAHA.. masa kami tengah dok sembang2, ada la sorang mamat ni tetiba ja mai kat meja tempat kami dok tu.. rupa2nya depa pn sama gak ngan kami tengah cri bilek.. depa berlima, kami pun berlima.. haaa,, elok sangat la tuuu.. hahahha.. gatai sat norhhh..hikhik.. bincang punya bincang kami kesian jugak kt depa. kami pn bagi la bilek kami kat depa 1 bilek.. tp xjadi sebab kantoi ngn owner chalet tuu.. wakakakaka. kedekut punya owner.. haihhhh.. kesian hampa kan..

     aktiviti seterusnya, apa lagi... g snorkelling la weeyyy.. bestt kowttt.. bayaran dya RM 40 only perhead. berbaloi jugak laa.. masa snorkelling tu ada 3 checkpoint.. 1st dya bawak kami p tempat penyuu ( turtle point ).. bapakkk besaq la penyu dya. cantekkk sioottt.. yg mmber2 aku ni masa 1st time ni macam takut2 ja nk turun laut.. biasa laaa,, 1st time kan.. hehehehe.. aku pun takut jugak siket2.. heeee  :D ..  2nd plak g tempat tempat ikan dengan batu karangg. memang cantek2 laa ikan dgn batu karang dya.. last point plak kami g sharkpoint.. tp sayangnya aku xnampak pun ikan yu.. huuuu.. herrmmm.. xpala kann.. dah habis snorkelling tu, apa lagi berendam sampai ke ptg la dalam laut tuuu.. pastu boleh plak nampak Tiz Zaqyah dengan Syazwan ( Kenji ) tuu.. hahahahaha.. paa lagi weyy,, usharr laaa..  

     dah sudah mandi laut ptg tu,balek bilek mandi2 then rest.. malam tu kuar lagi g makan then tgk fireshow.. mmg best gila tgk fireshow.. masing2 stylooo.. smp pukul 12lebihh jugak la melepak kat situ. siap kena angin pantai lagi la kann..

       esok harinya dah siap2 nak balek. tak boleh nk dok lama2 sebab cuti pun satt ja kan.. banyak lagi aktiviti yang boleh bt kat sana, tp di sebabkan masa kan.. xboleh laaa.. pukul 11 checkout, 11.45 nak bot.. jumpa lagi dgn mamat berrlima tu.. hahaha.. sampai balek kat jeti tu, dalam 12 lebih jugak laa.. kat jeti tu pun jumpa lagi mamat2 tuu.. hahaha.. then, shoping2 siket kat jeti tuuu.. nk beli dekat pulau mahal sgt, so beli ka jeti jela.. hehehehehe..

     tu jela serba siket yang aku bolehh cita.. byk lagi story nk cita,, tp xlarat nak typing dahh.. hahahaha.. btw, percutian yang singkat tapi memang best gileeeee laaa.. hahahahha.. rasa macam nak g lagi pun ada.. okey2,, bubbyyee Perhentian Island. mmuuuaahhhx !  <3  

       

      

No comments :

Post a Comment