Friday, 6 December 2013

Senarai Jenis-Jenis Hantu

Assalamualaikum, hey youuu !! Hahaahhahaha. Haaaa,harini aku nak cerita pasai jenis-jenis hantu yang ada, yang familiar kat malaysia ni. Hantu ni famous masa zaman dulu-dulu ja. Tapi sekarang ni pun ada lagi. Tengok la filem melayu zaman sekarang, still ada kan cerita-ceita macam tu. Tapi benda ni semua khurafat, atas perbuatan manusia jugak :)

1. Pocong

Ni la rupa pocong. Ngeriii. Pocong ni adalah kewujudan dari orang yang telah meninggal. Memang semua hantu dari orang mati kan. Heeee :D . Adanya pocong ni dalam banyak cara. Tapi yang aku tau dia di sebabkan perbuatan khurafat dari manusia yang ingin menggunakan ilmu hitam ataupun ilmu sihir. Selain tu, ia juga adalah jin yang merupai pocong. Banyak mitos pasai pocong ni, boley ja search google. Hehehehehe


2. Hantu Raya

Hantu raya pulak wujudnya dari orang zaman dahulu kala. Ia diwujudkan kerana untuk menjaga segala harta yang dimiliki oleh seseorang tu. Yala, orang dulu-dulu kan tak da gran, lawyer untuk uruskan harta-harta depa ni. Susah nak jaga hantu raya ni, kena bagi makan apa yag dia nak. Dan yang paling susah sekali, kalau tuan dia nak mati kena cari pewaris dulu. Kalau tak susah la nak mati orang tu. Tersiksa masa dia tengah nazak. Jangan cuba bela tau, bela kucing tak pa. Hehehehhehe.

3.Pontianak

 " kelip-kelip ku sangka api, kalau api mana puntungnya, hilang ghaib ku sangka mati, kalau mati mana kuburnya. " . Haaaaa, tu diaaaa. Ceqinggg bulu roma baqq hangggg. Hantu yang seterusnya ialah pontianak. Asal usul pontianak ni adalah seorang wanita yang mati ketika mengandung dan ketika mahu bersalin. Tak tau la kenapa dia muncul, maybe sebab roh tak tenteram. Maybe la.. Ada cerita pulak, pontianak ni boleh berubah jadi manusia semula. Tapi !!! Bersyarat.. Ingat senang-senang ka nak berubah camtu ja. Sapa-sapa yang nak pontianak ni berubah, orang tu mestilah memaku tengkuk pontianak tu. Ofcourse la guna paku,tak kan paku pakis plak. Lepas tu pontianak tu akan berubah jadi perempuan yang sangat cantik. Sapa-sapa yang tak da gf or bini boleh la buat. Hahahahhaha. Betul ka dak, aku pun tak tau.

4. Pelesit

Jangan terkejut, menatang ni bukan hantu. Hahahhahaha. Tapi belalang ni la orang gunakan untuk penghataran melakukan benda-benda jahat kat orang lain terutama kat musuh dia la. Biasanya perempuan yang bela benda ni. Cara dia serang mangsa, dia akan hisap darah mangsa tu. Kalau dah kena tu bahaya la, cepat-cepat berubat cara kampung. So, sapa-sapa yang nampak benda ni masuk rumah ka pa-pa ka hati-hati k.

5. Toyol

Toyol adalah satu makhluk yang sangat kecil. Difahamkan berbadan hijau, kepala botak dan pendek. Ia di gunakan oleh oarang zaman dahulu untuk kesenangan diri sendiri. Ia di suruh oleh tuannya untuk mencuri wang di rumah ornag lain. Nampak tak permainan dia. Haaaaa.. Toyol ni senang ja nak bagi dia leka, tabur kacang hijau. Haaaaa.. confirm dok mengira sakan punya.


6. Langsuir

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin. Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Huhhhh, boleh tahan jaga perangai dia. Langsuir ni jugak kadang-kadang boleh berubah rupa jadi perempuan yang cantik.  Hati-hati wahai lelaki. Huhuhuhuhu



Banyak lagi jenis hantu yang ada. Aku pun tak larat dah nak tulis panjang-panjang. Apa-apa pun jangan amalkan benda yang di tentang oleh Allah :) Jaga diri yaaa. Bye. Wassalam.