Saturday, 24 August 2013

cerita di sebalik lagu ulek mayang.. jeng jeng jeng..!!

Ulek mayang, mayang di ulek !
haaa.. ngeri tak ngeri baq hangggg.. Maybe ramai dah yg taw apa maksud lagu disebalik lagu ulek mayang, dan maybe ada jugak yg tak taw langsung pasal lagu ni.. Lagu ni ada la lagenda yang tersendiri..


 Lagu ni sebenarya mengisahkan satu lagenda tentang satu tarian
yang berasal dari zaman kuno di mana ia merupakan satu rawatan.Rawatan ini di lakukan kepada seorang nelayan yang telah di pukau oleh seorang puteri laut.. haaaa.. nak taw kenapa puteri ni pukau dia ?? sebab dia suka dan jatuh cinta dekat nelayan ni.. bahaya tuhhh ! Di sebabkan bomoh ni nak tolong nelayan ni, puteri tu jadi tak puas hati.. Apa lagi, dia angkut gengg la.. Puteri tu seru 5 saudara dia untuk lawan bomoh tu..


Bomoh tu pun lawan la dengan keenam-enam puteri tu sampai la puteri yang ketujuh muncul iaitu puteri sulung. Puteri tu pun cakap :
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".



Bomoh tadi pun terhutang budi dekat puteri sulung tu sebab dah tolong dia leraikan pergaduhan tu.. Di sebabkan puteri tu dah tolong, bomoh tu dengan kawan2 nelayan tu menyampaikan persembahan nasik berwarna kepada sang puteri untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat2 laut. Upacara tu terus di amalkan sehinggalah kedatangan islam. Zaman sekarang ni tak taw ada lagi ka tak. Maybe dah tak da sebab zaman dah moden, dan boleh jadi still ada lagi sebab zaman sekarang makin moden makin menyesatkan. :)

  
 Lagu ulek mayang : 
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala 

*Mayang adalah pokok kelapa berbunga digunakan untuk mengusir semangat-semangat.



Lagu ulek mayang ni pun sebenarnya ada maksud.. Bukan sekadar lagu kosong jaaa taw.. Menurut cerita2 dongeng dan masyarakat melayu, lagu unik yg mengiringi satu tarian. Ada orang cakap lagu ni agak berhantu kerana asal usulnya ia merupakan lagu pemujaan yang merupakan pemujaan roh.
Lagu dia pun agak seram, try la dengar waktu midnight.. heee :D .



Kawan aku pun pernah juga cerita sikit2 pasai cerita ulek mayang ni.. Dia cakap cerita dia pasai pemujaan roh. Puteri2 tu nyanyi dekat sorang laki ni ( nelayan tu kowt ) dikeliling 6 puteri tak termasuk puteri sulung. Ulek mayang, mayang di ulek.. laki tu kena pukau sampai tergolek2 ( meracau ) dekat tepi pantai.. Then, lagu tu pun sebenarnya asal rangkap start dari "puteri satu" tapi tak di sebut takut lagu tu sempurna then kalau sapa2 nyanyi dia akan dirasuk.. sebab tu lagu tu terus sebut "puteri dua".. Betul ke tak Wallahualam.. Hanya sekadar kongsi cerita :)

Sekian :)



Thursday, 15 August 2013

Kenangan masa sekolah. Haha!!

Assalamualaikum weyhh. Hehehe.. aku harini tetiba teringat dowh waktu2 zaman sekolah dulu.hahaha.

Okey.. aku xtw nk cerita cm mana.tp best sgt pengalaman aku.sekolah aku? SMASP.. Sekolah Menengah Agama Sungai Petani. Haaa.. ni la nama sekolah aku.hehehe. sekolah agama kowttt. Ko hado??? Xdo kan? Bahahahaha.

Nak dijadikan cerita,rumah akt dgn sekolah jauh. So nak xnak aku kena la dok hostel kan. Alkisah bermula,dari form1 aku dok hostel.best weyhh. Memang rasa terkongkong. But seronok tw ada kwn2.

Masa aku form1 tu bley ikt lg la rules kn. Hahhh,bila dah lama masing2 naik hantu. Hahahaha. Start bt perangai masa form2 la. Setan dah naik tanduk la katakan. Hohoho!

Biasalah,dok hostel bnyk rules kan. Slow2 aku dgn member2 aku langgar rules.hahahaha. bnyk bnda yg kami bt,bkn bererti jahat,just nakal jaa. Heeee..

Haaa.. so bnyak la pengalaman bt keja jahat.. bawak handphone tu dah perkara biasa dah.
Masa time spotcheck,masing2 keluarkn idea la.hahaha. ada yg xsmpat sorokkan dya baling dekat kwsn semak.ada yg sembunyikan dalam ank tudung.hahaha. pastu simpan dlm kasut la,letak dlm tongsampah pun ada. Kt mana ja yg boleh letak asalkn tak dirampas.kalau kena rampas bahaya weyh.. silap haribulan dibuang asrama. Hang nk ka mcm tu?? Xnak aku. Hahaha. Biar jahat tp jgn smp kena buang asrama.kesian mak bapak kita tw..

Pengalaman dkat dlm asrama pun ada.. ada apa??? Ada hantu meyhh.. pernah sekali aku gotong royong bersihkn asrama,boleh plak terjumpa rambut panjang gila.. ngeri aku.. senior aku plak rambut dya kena ikat dgn benda tu. Dya bt sanggul plak tu. Terus tak boleh bkak sanggul tu.. dasyat dasyat..

Tak cukup dgn kisah dlm asrama,luar asrama pun jd jgak.masa tu waktu PnP..ada senior aku histeria. Smp karate tingkap kantin sekolah aku. Siap pegang kaca nk tikam org lagi. Takut gla masa tu..

Hurmm..series aku rindu gila masa zaman sekolah.kat situ la aku mula belajar berdikari.

So sapa2 yg dapat tawaran dok asrama.jangan tolak okay! Try la duduk dulu,baru boleh rasa pengalaman. Okey, bubbye!